Tip 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.
Semoga BERMANFAAT untuk kita semua.
C1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
"KALAU BERANI CUBALAH"
Dr. Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI..nanti suami buat betul2 isteri juga yang putih mata...
C2. CABUL
Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata2 yang tidak sopan pada mertua..
C3. CELUPAR
Celupar ni suku - sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap...
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot..
Suami pula di opis dok nampak y aja...
Ada isteri kata mekap untuk suami,.. tapi kat rumah tak mekap pun.
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih - lebihan.. sikit2 dok telefon suami kat opis..
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam2. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2..
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat...
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.
Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai menjaga anak..
Tapi kita ni insan yang mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu , mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu...
No comments:
Post a Comment